29th National Day

Semangat orang melayu Brunei patutlah di kagumi. Dengan berpegang teguh Melayu Islam Beraja, terciptalah sebuah negara yang aman makmur dan sejahtera. Warna emas, megahnya negaraku.
 
Semangat melayu Brunei amatlah di sanjungi, terutamanya generasi muda berbangsa melayu yang masih bersekolah mahupun yang sudah menamati persekolahan mereka. Kibarkan benderaku, Brunei Darussalam, dibawah panas terik bermandikan peluh patriotik, tidak dilindungi atap, tidak memperolehi status yang sama dengan mereka yang duduk di atas “executive armschairs on stage.”
 
Semangat melayu Brunei patut di hormati, walaupun setengah   teman-temanku yang memperolehi sarjana muda yang telah tamat dengan ijazah mereka bertahun dahulu, masih lagi dalam ombak arus penganguran.
 
Maklum lah, alasan dari pihak atasan seringkali menggunakan “insufficient budget”, mengorbankan jiwa orang melayu muda dari mempercayai erti makna merdeka.
 
RKN 2035, misi penting untuk kemakmuran Brunei ku. Amat sedih hatiku bila duit kerajaan habis di belanjakan dalam pembangunan dan bukannya pelajaran. Hanya satu perempat dari kekayaan negaraku dibahagikan kepada rakyat. Mana perginya merdeka bila yang diatas menikmati harta negara sewenang-wenangnya.
 
Semangat itu ada. Tetapi semangat akan hilang, bila generasi muda di bekalkan dengan janji kosong yang bercorakkan emas di dalam bendera negaraku Brunei Darussalam.
Advertisements

Published by

Ellokhai

A thriller with a touch of romance. A mystery seeker. A modern daydreamer.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s