Berzikir Lah Wahai Negara Zikir

Written by Ak Md Khairuddin Pg Harun

Negara Zikir bumi merdeka,

Bahasa Rumi kita berbangsa,

elakkan kafir dosa sentiasa,

hindarkan jahil diminda kepala

Bangkit lah Melayu mari bersatu,

marakkan semangat jadi peneraju,

maju ke depan bangsa Melayu,

jangan di singkir segan di hulu

Sejarah kita megahnya berNegara,

bertemadun tinggi pimpinan Ilahi,

Agama Islam tunas di hati,

jangan dilupakan kerna modernasiĀ 

Hebatnya akal pembangkang Agama,

Ilmu diperolehi di luar sana,

apa makna umat yang pandai berhujah,

jika gagal memahami akidah

Lihat sekeliling orang muda kita,

berpegang tangan di waktu remaja,

rambut di hurai perhiasan dipakai,

dada ditonjol hijab di tinggal

Wayang Cinta siri rujukkan,

indahnya sementara ilusi hiburan,

idola disokong bertopengkan syaitan,

bertepuk tangan tanduk tak kelihatan.

Ibu Bapa kaya hamba Kerajaan,

makanan disediakan pagi petang siang dan malam,

berpeluh di dahi keluarga disayangi,

remajanya pula berkeliaran di sana sini.

Ingatlah wahai orang-orang muda,

Syurga itu di telapak kaki ibu,

Ingatlah mereka Ibu Bapa kita,

hadiri sekolah jangan membisu

Menyusun jari tapak tangan di tadah,

teknologi bukanlah tempat mengadu,

berdoa di hati tanyakan Allah,

Kurangkan Facebook jagalah maruah

Pesanan mudah berzikir Negara Zikir,

laksanakan susah berzikir Negara Zikir,

Islam kah kita berzikir Negara Zikir?

Kemana perginya separuh harta Negara Zikir?

Advertisements

Published by

Ellokhai

A thriller with a touch of romance. A mystery seeker. A modern daydreamer.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s